Wednesday, September 29, 2010

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

Jawapan2 lisan bagi pertanyaan.

Berikut adalah situasi d Dewan Rakyat membincangkan status Hospital Shah Alam.

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kerja Raya
menyatakan:
(a) kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam
masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor yang tidak dibayar
selama tiga bulan; dan
(b) sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka
atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakkan Ali-Baba.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan dari
Ahli Yang Berhormat Shah Alam yang dijadualkan esok 24 Jun 2010 memandangkan ia
menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai status projek pembinaan Hospital Shah Alam,
Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor telah ditawarkan
oleh Kementerian Kewangan secara rundingan terus kepada syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd.
dengan harga kontrak RM482.6 juta. Skop projek ini melibatkan pembinaan sebuah kompleks
hospital dengan kemudahan 300 unit katil, dilengkapi kemudahan khidmat sokongan, klinikal
yang lain. Projek ini telah dianugerahkan pada 15 November 2007 dengan tempoh siap asal
adalah selama 36 bulan iaitu sehingga 14 November 2010. Walau bagaimanapun, projek ini
dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 Jun 2011 berikutan terdapat kelulusan tempoh lanjutan
masa ataupun EOT selama 233 hari disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan, seperti
kenaikan harga bahan binaan di pasaran dan masalah pengalihan utiliti.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 15 Jun 2010 kemajuan kerja di tapak
projek berjalan dengan lancar, dan hampir mengikut jadual asal iaitu 25.3% berbanding 25.4%, dimana tempoh kelewatan dicatatkan hanyalah tiga hari sahaja. Dari segi bayaran kemajuan pula, sehingga kini JKR telah menjelaskan 29 kali bayaran kemajuan interim kepada kontraktor terbabit dengan jumlah keseluruhan bayaran RM122.5 juta iaitu merujuk kepada nilai-nilai kerja semasa yang telah dilaksanakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya setakat ini tidak mendapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap obligasi dan terma-terma kontrak oleh kontraktor utama. Sehubungan itu tidak timbul isu tentang kelewatan projek atau pembatalan kontrak, memandangkan projek sedang berjalan mengikut jadual dan mematuhi obligasi sebagaimanatermaktub dalam kontrak yang dipersetujui dengan kerajaan.Terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan yang utama, yang pertama itu
menteri kata buat masa ini projek berjalan dengan lancar dan tidak dijangka akan ada apa-apa
masalah yang akan terjadi, yang akan terus melanjutkan masa yang diperlukan untuk
menghabiskan projek ini tetapi, adalah menjadi satu pengetahuan awam di mana ada
pertengkaran dan legal case di antara pihak kontraktor dengan main subcontractor. Main
subcontractor yang sebenarnya menjalankan seluruh projek pembinaan Hospital Shah Alam ini,
dan pihak main subcontractor telah pun sue the main contractor, the main subcontractor telah
saman main contractor dan main contractor sekarang telah pun menyaman main subcontractor.
Apa yang diberitahu buat masa ini, walaupun wang telah dikeluarkan daripada JKR kepada bank, bank masih tidak dapat mengeluarkan wang kepada pihak main subcontractor dan juga sub-sub kontraktor seterusnya kerana ada perselisihan di antara kontraktor-kontraktor ini. Ini soalan pertama. Kedua, senang sahaja. Saya di sini... [Disampuk]
1020

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, satu soalan sahaja, Yang
Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebab saya punya soalan ada dua
part.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sambungkan tidak apalah,
Yang Berhormat. Jangan cakap soalan satu, soalan dua.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Pendek sahaja. Saya ada dokumen
di mana projek ini telah pun ditawarkan secara wholesale kepada main subcontractor iaitu secara “Ali Baba”. Macam mana Kementerian Kerja Raya tidak mengetahui tentang perkara ini sebab saya diberitahu bahawa maklumat-maklumat ini ada diserahkan kepada pihak JKR. So, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini memberi
peluang kepada Kementerian Kerja Raya untuk menjelaskan status projek ini dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan mana-mana kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan kontraktor, kerajaan hanya bertanggungjawab dengan main contractor ataupun kontraktor utama yang melaksanakan projek.

Selagi projek itu berjalan mengikut jadual dan memenuhi tatacara-tatacara perolehan
dan melakukan kerja mengikut spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya,
maka tidak ada sesuatu yang dapat dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya. Walau
bagaimanapun, sekiranya ada terdapat kata tadi saman menyaman antara subcontractor dan
main contractor, Kementerian Kerja Raya hari ini dalam proses melihat penubuhan satu akta
untuk membantu sub kontraktor-sub kontraktor yang tidak mendapat pembayaran daripada main contractor ataupun kontraktor utama. Jadi dalam kes ini, selagi projek itu sebagaimana yang saya katakan tadi pada hari ini ia telah berjaya dilakukan sebanyak 25.3% berbanding dengan25.4% seperti yang dirancang mengikut jadual, maka tidak ada sesuatu tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan kepada kontraktor utama kerana projek berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Teks ini adalah untuk rujukan bagi subjek Project Management.

No comments:

Post a Comment