Wednesday, September 29, 2010

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

Jawapan2 lisan bagi pertanyaan.

Berikut adalah situasi d Dewan Rakyat membincangkan status Hospital Shah Alam.

2. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Kerja Raya
menyatakan:
(a) kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat disiapkan dalam
masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor yang tidak dibayar
selama tiga bulan; dan
(b) sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka
atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakkan Ali-Baba.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama soalan dari
Ahli Yang Berhormat Shah Alam yang dijadualkan esok 24 Jun 2010 memandangkan ia
menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai status projek pembinaan Hospital Shah Alam,
Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan Hospital Shah Alam, Selangor telah ditawarkan
oleh Kementerian Kewangan secara rundingan terus kepada syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd.
dengan harga kontrak RM482.6 juta. Skop projek ini melibatkan pembinaan sebuah kompleks
hospital dengan kemudahan 300 unit katil, dilengkapi kemudahan khidmat sokongan, klinikal
yang lain. Projek ini telah dianugerahkan pada 15 November 2007 dengan tempoh siap asal
adalah selama 36 bulan iaitu sehingga 14 November 2010. Walau bagaimanapun, projek ini
dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 Jun 2011 berikutan terdapat kelulusan tempoh lanjutan
masa ataupun EOT selama 233 hari disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan, seperti
kenaikan harga bahan binaan di pasaran dan masalah pengalihan utiliti.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 15 Jun 2010 kemajuan kerja di tapak
projek berjalan dengan lancar, dan hampir mengikut jadual asal iaitu 25.3% berbanding 25.4%, dimana tempoh kelewatan dicatatkan hanyalah tiga hari sahaja. Dari segi bayaran kemajuan pula, sehingga kini JKR telah menjelaskan 29 kali bayaran kemajuan interim kepada kontraktor terbabit dengan jumlah keseluruhan bayaran RM122.5 juta iaitu merujuk kepada nilai-nilai kerja semasa yang telah dilaksanakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya setakat ini tidak mendapati berlaku sebarang pelanggaran terhadap obligasi dan terma-terma kontrak oleh kontraktor utama. Sehubungan itu tidak timbul isu tentang kelewatan projek atau pembatalan kontrak, memandangkan projek sedang berjalan mengikut jadual dan mematuhi obligasi sebagaimanatermaktub dalam kontrak yang dipersetujui dengan kerajaan.Terima kasih.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan yang utama, yang pertama itu
menteri kata buat masa ini projek berjalan dengan lancar dan tidak dijangka akan ada apa-apa
masalah yang akan terjadi, yang akan terus melanjutkan masa yang diperlukan untuk
menghabiskan projek ini tetapi, adalah menjadi satu pengetahuan awam di mana ada
pertengkaran dan legal case di antara pihak kontraktor dengan main subcontractor. Main
subcontractor yang sebenarnya menjalankan seluruh projek pembinaan Hospital Shah Alam ini,
dan pihak main subcontractor telah pun sue the main contractor, the main subcontractor telah
saman main contractor dan main contractor sekarang telah pun menyaman main subcontractor.
Apa yang diberitahu buat masa ini, walaupun wang telah dikeluarkan daripada JKR kepada bank, bank masih tidak dapat mengeluarkan wang kepada pihak main subcontractor dan juga sub-sub kontraktor seterusnya kerana ada perselisihan di antara kontraktor-kontraktor ini. Ini soalan pertama. Kedua, senang sahaja. Saya di sini... [Disampuk]
1020

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, satu soalan sahaja, Yang
Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebab saya punya soalan ada dua
part.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sambungkan tidak apalah,
Yang Berhormat. Jangan cakap soalan satu, soalan dua.

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Pendek sahaja. Saya ada dokumen
di mana projek ini telah pun ditawarkan secara wholesale kepada main subcontractor iaitu secara “Ali Baba”. Macam mana Kementerian Kerja Raya tidak mengetahui tentang perkara ini sebab saya diberitahu bahawa maklumat-maklumat ini ada diserahkan kepada pihak JKR. So, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini memberi
peluang kepada Kementerian Kerja Raya untuk menjelaskan status projek ini dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan mana-mana kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan kontraktor, kerajaan hanya bertanggungjawab dengan main contractor ataupun kontraktor utama yang melaksanakan projek.

Selagi projek itu berjalan mengikut jadual dan memenuhi tatacara-tatacara perolehan
dan melakukan kerja mengikut spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Jabatan Kerja Raya,
maka tidak ada sesuatu yang dapat dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya. Walau
bagaimanapun, sekiranya ada terdapat kata tadi saman menyaman antara subcontractor dan
main contractor, Kementerian Kerja Raya hari ini dalam proses melihat penubuhan satu akta
untuk membantu sub kontraktor-sub kontraktor yang tidak mendapat pembayaran daripada main contractor ataupun kontraktor utama. Jadi dalam kes ini, selagi projek itu sebagaimana yang saya katakan tadi pada hari ini ia telah berjaya dilakukan sebanyak 25.3% berbanding dengan25.4% seperti yang dirancang mengikut jadual, maka tidak ada sesuatu tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan kepada kontraktor utama kerana projek berjalan dengan lancar. Terima kasih.

Teks ini adalah untuk rujukan bagi subjek Project Management.
Project Name: Hospital Shah Alam
Project Cost:RM482.6 Juta
Main Contractor:Sunshine Fleet Sdn Bhd >> (RM482million)
Sub Contractor: GM Healthcare Sdn BhdIsyoda (M) Sdn Bhd (451million)
Period: Start: 2007
-First Schedule:14 August 2010
-Second Rescheduled:14 November 2010
-Third Rescheduled:25-6-2011

SHAH ALAM HOSPITAL FAILED TO BE COMPLETE WITHIN PRESCRIBED PERIOD

Jabatan Kerja Raya (JKR) has terminated the services of Sunshine Fleet Sdn Bhd as main contractor in construction projects Shah Alam Hospital. Contract termination letter dated 3rd September was signed by the chief director of JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim.
JKR used clause 54 (condition of contract) to fired main contractor, Sunshine Fleet because failed to complete the project in accordance with the agreed period. Clause that is something normal in JKR, it gives the department the righ to terminate the contract if the work is out as scheduled.

Initially the projects run smoothly based on report by JKR, until June 15, 2010 progress on site. Projects run smoothly, and close to the original schedule of 25.3% compared to 25.4%, in where the delay was recorded only in three days. (Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua). However the problem was first detected when period of project complete has been extent for 233 days until 14 November 2011 with the reasons, factors beyond the control such as soaring price of construction material. Then followed by scale report dated on 2nd September 2010, the project must finish at least 33.1% but the projects only finish about 27%. From report on 15th June to 2nd September the actual progress is only 1.7% but the actual progress that contractor must achieve is about 7.7%. So the project delays about 6%.

Why all this happen, to know the answer we must back to the basic of Triple Constraint, cost, time and scope. At the first phase of problem when the contractor apply the extended time for completion jobs. As a result when we extent the time it will cause more cost on labor and will more face problem in market price for construction material because we are longer in this situation. More time we need to finish a project, is more risk for us to involve in situation where the market price for construction material is higher. Then to overcome the problem of soaring price of construction material, contractor can sealed an agreement to supplier or do an initial purchase.

As a conclusion, triple constraint (cost, time & scope) is very important to make sure the project runs successful. We can’t compromise at any one of this constraint because it will cause a failure in the project.

TQ

Prepared By: Mohd Iswan B Ismail
Prepared For: Subject Project Management.

Tuesday, August 31, 2010

Contoh Test PM



Question: Construct five wbs dependancy dictionary based on your group project. tq

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK


KEPADA RAKAN SEKALIAN.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.


Monday, August 2, 2010

Stakeholder

Project Title : Project pembinaan Sekolah Men. Keb. Sultan Mizan,Besut Terengganu
Project Owner : Daya Usaha Construction Sdn Bhd
Project Manager : Mohd Iswan b Ismail
Project Team :
1- Project Sponsor : Kem.Kewangan Malaysia
2- Project Director : Kem. Pelajaran Malaysia
3- Executive Committee : Kem. Kewangan Malaysia
                                   : Kem Pelajaran Malaysia
                                    : Ideal Solution Sdn Bhd
4-Main Contractor : Ideal Solution Sdn Bhd
5- Customer : SMK Sultan Mizan, Besut Terengganu

Thursday, July 29, 2010

1st & 2nd week summary.

1st week

*When talk about management, we must consider this 4 comman activities (1)Planning(2)Lead(3)Organize(4)Control. with this 4 comman activities we will came out with a good management activity.

*Def.Proj.Management
The application of knowledge,tools,techniques to project activities.






















1-Time 2- Cost 3- Quality 4-Scope 5-Communication 6- Human Resources 7- Procument

8- Risk 9- Integration



Stakeholder = Person who has an interest in the project

eg: 1- Project Owner 2- Project Manager



* Triple Constraint(3C)







The best management in any project is, the quality of project must be in ideal condition. The time,scope, and cost of any project must be balance, if not we will compromise with the quality of project( either in good quality or not )













2nd weak



*Tools and Technique.
learn the right technique to thinking. when think not only data we anlyze but all the posible we can(kaji yang tersurat dan tersirat).

*Project Life Cycle (PLC)
PLC must have start and end.
eg: When the project is started, and when the project will end.

there 4 phase in PLC:-
1- Initiating( Project Mula)
- Project feasibility,project initiating/kick off document
2-Planning
- Gantt Chart (GC), Work Breakdown Structure (WBS),schedules and Task List. GC & WBS very imporant in planning
3-Excuting/Controlling
- Task List,Issues List, buy list, deliverable.
4-Clossing
- Close Out document, Customer Satisfaction Assesment.


*Output Vs Deliverable
Deliverable is subset to output.

eg: buat kek
Output= sebiji kek.
Deliverable= untuk buat kek, kita kene beli tepung, pukul telur, bakar kek dan sebagainya. jadi setiap aktiviti2 ini perlu di siapkan untuk menyiapkan dan hasilkan kek. Maka, aktiviti yang siap ini boleh dipanggil sebagai deliverable. contohnya,selesai membeli tepung, selesai memukul telur dan selesai membakar kek.

:-)

Thursday, July 22, 2010

Road Network Upgrade/PM03

Proposed Design,Construct,Rehibilitate, and Upgrade of Jalan Alor Setar-Kuala Nerang-Durian Burung,Kedah.

Client:Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)

Contractor: HCM Engineering Sdn Bhd

Start Job: 16 Sept 2006

End Job : 17 March 2011

Cost : RM246.2milion



Triple Constraint:

Projek membina dan menaik taraf laluan ini memakan masa yang agak lama lebih kurang 4tahun setengah malah projek ini juga menelan kos yang agak besar. Dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, projek ini juga tidak boleh lari dari merasakan tempias bebanan dari kenaikan harga ini. Memandangkan kos ini di rangka pada awalnya di zaman ekonomi stabil, jadi ia tidak mengambil kira harga bahan binaan pada masa ini. Kos pengangkutan bahan binaan akan meningkat ekoran dari kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini, sekali gus meningkatkan kos bahan binaan. Mahu atau tidak, pihak kontraktor mungkin terpaksa brkompromi dari aspek kualiti tetapi tidak pada skop kerja.